Thursday, December 6, 2012

Buatmu Tulang Rusukku Bidadariku

Jodohku adalah RAHSIA Dia.. cinta yang suci bukan dilewati dengan pujian & sanjungan. Cinta yang suci adalah dengan diuji melalui pelbagai peristiwa yang menyakitkan yang membuat hati kita terluka. Allah membentuk dan melatih kita melalui luka itu, bukan pada seberapa besar luka itu tetapi seberapa besar kekuatan & kesabaran yang kita miliki untuk menjalani luka itu. Ya Allah, cekalkan hatiku, dalam menempuh segala ujian yang kau berikan.....
~✿..Sekali-kali terfikir tentang jodoh, pada akhirnya kelak dengan SIAPA kita akan MENIKAH..siapakah dia yang menjadi pemilik RUSUK ku, siapakah dia yang akan menjadi BIDADARI dalam bahtera rumahtangga ku???✿~ >>> Allah adalah sebaik-baik pengatur..HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian..cuma, manusia selalu KURANG SABAR..belum sampai ke hujung jalan, sudah BERPUTUS ASA..lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya??? Jodoh, memang misteri Ilahi..sampai masa dia PASTI datang..membawa kita terbang bersama cuma perlu SABAR..♥♥
Kaulah hasrat rindu Kaulah harapanku Yang selalu datang mengganggu Di mimpiku hasrat semakin terbang melayang ke langit cinta andai sejauh itu kau inginkan diriku ku kan ada untukmu
tika ini..hatiku berkata..sayangku..ku kan selalu ada untukmu..didalam jaga..didalam lenamu..percayalah padaku..kan ku jaga dirimu seumur usiaku..hanya satu pintaku..pada YA ALLAH yang MAHA PEMURAH MAHA MENGASIHANI..berikanlah ketenangan dan kedamaian..kesejahteraan..kejayaan kepada dirimu.. Wallahu'alam......

Monday, March 12, 2012

Andai Kau Adalah Tulang Rusukku Yang Telah Hilang

ku sedang memandang awan, saat tiba-tiba terlintas dirimu di benakku.
Apa kabarmu di sana bidadariku?

dirimu pasti mengira waktu..
saat indah terbuktinya janji mujahid pilihan ALLAH untuk menjemputmu....
tetapi kiranya penyatuan cintamu adalah yang terbaik
maka ku redhai saat nya dirimu bergelar zaujah buat zauj sejati
andai kau adalah tulang rusukku yang telah hilang
aku berharap jika nanti Allah mempertemukan kita
aku akan selalu membimbingmu agar kau menjadi wanita yang solehah
yang nantinya akan menjadi bidadariku di syurga
kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat




apa yang ku rasa hanyalah cinta, rindu dan setia saat ini yang ku inginkan bersamamu selalu,disaat ku melawan hariku hanya rasa rindu padamu ku rasai selalu
dengarlah kata hati ku ini utk mu,selalu tenang dengan cintaku damai selalu dalam hangat kasihku
kerana diriku tak pernah mahu meninggalkanmu selama nafas ini bergetaram dan tuhan memberi peluang padaku untuk menjagamu,menyayangimu,mencintaimu,membahagiakanmu akan ku selalu berdampingan denganmu..hanya denganmu

Kasihku..kekayaan itu ada di dalam jiwa. Dan kepingan kekayaan itu dimulai dari ketulusan menerima. Dengan kekayaan jiwa kita akan lebih mudah memberikan perhatian, lebih mudah untuk memahami, lebih mudah untuk berbagi dan lebih mudah mendengar dengan sepenuh hati...

Kasihku..aku bagaikan terawang di awangan biru pantulan cintamu terus memekar didalam hatiku
aku membalasi cintamu dengan kasih sayangku naluriku sentiasa bergetar dan berdebar bersamamu
musim cinta kita penuh dengan warna-warna pelangi indah aku dan engkau bercanda bahagia didunia cinta kita makin lama makin aku dibuai kerinduan untuk dirimu sayang aku disini terus setia menjadi pencintamu dan perindumu..


Dibawah cahaya lindungan bulan
ku duduk bersama lagu sukma yang meruntun jiwa
untuk mengenangi dan mengingati dirimu sayang

Dibawah keindahan cahaya rembulan
ku titipkan madah puisiku untuk dihadiahkan untukmu
dihari paling indah nanti
disaat kau dan aku bertemu

Kucuba mengetuk kamar hatimu di malam ini
dengan puisi rindu dihatiku
agar dirimu merasai debaran dan denyutan jantungku
bisakah kau mendengarnya?
dapatkah kau merasainya?
sedangkan dihatiku dipenuhi rindu untukmu sayang
aku amat merinduimu..

Seperti keindahan rembulan semalam..
Sebentuk hatiku buat sayang
Mengiring rinduku yang selalu untukmu
Ku tahu bukan selalu ada yang terbaik dan sempurna
Dari diri ini dan juga dirimu
namun ku yakin cinta ini tak pernah salah
Betapa dalamnya rasaku padamu

Mengungkap segala kegundahanku padamu
Bila rindu mula hadir didalam diri
Ianya bagaikan sang bayu yang kedinginan menerpa dihati
Kasih diantara kita ada janji berpadu
Biarkan tetap terjaga meski pun bukan mudah untuk setia
Janjiku padamu
Kau tetap satu dalam hidupku
Dan ku genggam satu cintamu dalam hidupku....



Kasihku..mulaikanlah dari yang paling mudah, hatta yang paling remeh atau kecil sekalipun. Mulailah dari yang paling kecil. Little things means a lot. Agar cinta bersemi dalam perhubungan kita, agar cinta senantiasa berbunga dalam kehidupan kita. MasyaAllah. Subhanallah. Alhamdulillahirabbil alamiin.
Wallahua’lam Bisshawab.

Tuesday, February 14, 2012

Kau Dan Aku adalah Intan Terpilih

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?



Aduhai Wanita.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.

Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.

Di tangan Tuhan kita,Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.
Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,

Aduhai wanita,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.
Jemput diriku pabila waktunya tiba,

Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.


Jadilah ,dirimu bunga yang mekar
Dan doakan aku agar menjadi kumbang yang hebat,
Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,



Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.

Yakinlah pada janji Allah!
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]


Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,


Yakinlah!

Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.
Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.[Surah Ad dhuha: 4 & 5]



Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.


Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu.Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Surah As Syams: 8-10]



Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
“Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:

"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Surah Fussilat: 30]

Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,

Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]



Kamu dan aku adalah intan terpilih
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya sentiasa.

Tuesday, January 3, 2012

Kerana ALLAH aku cinta pada mu...

Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya. Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja.




Hadis yang bemaksud:

“Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata “aku ini takut kepada Allah”, seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi ( keseorangan) lalu mengalir air matanya”
( muttafaqun alaihi)

Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???

Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T. Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani (anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud:

“Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku”

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnanya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini. Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya, tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan

Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh dengan perhiasan ini.

Kita dapati keterangan demikian dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda:

“Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan shuhada yang menyukai mereka ”

riwayat Attarmizi

Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A)

maksudnya:
” Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi ” Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?” Beliau menjawab ” tidak, aku mencintainya kerana Allah” Maka malaikat itu brekata kepadanya “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.

kita bagaikan dua titis embun
yang bertemu di lautan kehidupan
adakalanya badai nyaris mengusik ketenangan kita
namun pada cinta
kita sentiasa pegang
kekasihku
ku berikan hatiku
ku berikan mataku
agar dirimu bisa melihat
bagaimana cintaku menjagamu
ingin ku kekal selalu bersamamu
berdampingan dan menjagamu
dan suatu hari nanti
ku harap kita bertemu
sebagai bintang yang berpasangan di angkasa sana nanti



p/s: Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah mencintai dan meredhainya.

Saturday, December 31, 2011

Selamat Datang 2012


Selamat Datang 2012 Selamat Tinggal 2011

moga ia menjadi menjadi pengajaran serta kenangan terindah buat kita semua ...
sama ada yang menanti atau yang di tinggalkan..dan insyallah di masa akan datang kita mampu untuk meperbaiki segala kekurangan mahupun kesilapan diri kita ..andai d antara kita masih di panjangkan umur insyallah