Monday, April 18, 2011

~BE REAL! JADILAH LELAKI IDAMAN WANITA~

Assalamualaikum..

ape kabar kalian semua..harap-harap semua ok,mood ok..jiwa tak ada kacau yerr,ok baru ini saya membicarakan tentang,”LELAKI TERHANGAT DI PASARAN”,tp kali ini sy nak bercerita tentang “LELAKI IDAMAN WANITA”


Lelaki oh lelaki???bukankah itu merupakan soalan yang cukup mencabar untuk dijawap oleh golongan adam?selalunya,golongan wanita itu sendiri mempunyai masalah untuk menhuraikannya secara pasti.Salah satu sebab mengapa memahami kehendak golongan wanita dianggap sukar adalah kerana golongan wanita itu memproseskan fikiran dan emosi amat berbeza jika dibandingkan dengan cara golongan lelaki memproses maklumat....

Jika diperhatikan dengan teliti,kebanyakan hubungan yang berjaya adalah apabila semua kehendak wanita berjaya dipenuhi,perlu diingat bahawa kehendak tidak semestinya memfokuskan kepada material sahaja,Wanita selalunya peka tentang kehilangan sesuatu yang penting dalam hubungan,Jika lelaki mampu meneliti,wanita yang keluar dari sebuah perhubungan sebenarnya mencari apa yang hilang dalam sebuah perhubungan itu...Misalnya,satu-satu perhubungan tu amat membosankan,kekasih yang tak pandai memhargai tau pun memhormati pasangannya

Berikut adalah antara perkara-perkara yang wanita dambakan daripada lelaki:

~KEYAKINAN~


Keyakinan merupakan kualiti yang utama yang dicari dalam diri seseorang lelaki.Oleh itu,buangkan rasa takut dan tidak yakin kamu.jangan ucapkan maaf terhadap semua yang kamu lakukan.Be real! Jadi diri kamu yang sebenar..



~GENTLEMEN~

Wanita akan cepat ‘cair’ dengan lelaki yang bersikap gentlemen.Membuka pintu untuknya,berjalan di sebelah kanan apabila menyusuri jalan bersama,membeli jaket apabila dia kesejukan atau ketika dalam keadaan yang terancam,kamu meletakkan lengan untuk merangkul bahunya.Dengan kat lain,menjadi lelaki sebenar.


~KELAKAR~


Wanita lebih gemarkan lelaki yang mampu membuatkan dia ketawa.Jika lelaki terlalu mengikut protokol,ianya amat membosankan wanita.Bersikap lebih bersahaja dan selamba,Lawak kecil yang cukup sahaja mampu membuat wanita gembira

~PENDENGAR~

Menjadi tabiat wanita untuk merungut dan mereka sebenarnya tidak mengharapkan sebarang nasihat cukup sekadar pasangannya menyiakan sahaja,kadang-kala ianya agak merimaskan terutama apabila kamu cuba menumpukan perhatian terhadap perkara lain,tapi hakikatnya,sedikit perhatian yang ditunjukan oelh kamu mampu membuatkan dia menyayangi kamu hingga hujung dunia

~DIHARGAI~


Penting bagi wanita untuk rasa dihargai dengan apa yang ada pada dirinya sendiri.Dia perlu merasakan istimewa berbanding wanita di sekelilingnya.Perlu bagi wanita ini mengetahui lelaki/pasangannya menyokongnya dalam setiap tindakan

Merasa dirinya sebagai wanita sejati.Penting bagi wanita untuk merasakan diri mereka cantik dan feminin di mata lelaki terutama pasangannya.Wanita itu ingin memperoleh perasaan bangga dengan anugerah tuhan yang diberikan kepada mereka.

Perasaan keintiman yang mendalam penting bagi setiap wanita itu untuk merasakan kaitan emosi keintiman dengan pasangannya yang tidak mungkin dirasai dengan lelaki lain.


~SELAMAT~

Jangan salah tafsir tentang “selamat” ianya tiada hhubungan kait dengan fizikal seseorang itu.Sifat semula jadi lelaki sebagai pelindung yang di lahirkan dalam bentuk perbuatan maupun bercakapan pasti berjaya menawan hati setiap wanita.Sifat-sifat pelindung dan pembela yang ada dalam diri kamu sebagai lelaki akan membuatkan seseorang wanita itu sentiasa berasa selamat berdampingan dengan kamu .Bukan semua wanita mengejar kebendaan namun penting untuk mereka mengetahui bahwa keadaan kewangan suami tau kekasihnya dalam keadaan yang baik dan stabil.Oleh itu sekiranya terjadinya sesuatuyang tidak diingini,hidup wanita itu masih terjamin.

~BERKETRAMPILAN~

Ini merupakan ciri bonus bagi seseorang lelaki.Sifat kepimpinan serta pembawa diri yang Berkarisma adalah dambaan kebanyakkan wanita.Apabila ianya digabungkan dengan penampilan yang segak dan kemas pastinya mempu menimbulkan ciri maskulin setiap lelaki.Anda tidak perlu kacak untuk dilihat sebagai mempunyai ketrampilan.Cara anda bercakap ,berjalan dan bergaul sudah cukup membuatkan diri anda menjadi ingauan indah buat si dia..

“Secara realitinya tidak semua perkara mampu dipenuhi oleh lelaki.Tiada siapa yang sempurna kecuali penciptanya.Oleh itu cuba yang terbaik untuk meyelami hati dan sikap wanita itu sendiri.Komunikasi merupakan cara yang terbaik untuk kamu mengetahui apa perasaannya terhadap layanan yang kamu berikan”

No comments:

Post a Comment