Tuesday, May 17, 2011

Ku sebut Mereka Si Kunang-kunang..

aku duduk bersandar di tepi melabuhkan diri di tirai senja..ku lihat awan makin memgelap..teringat aku dan si kunang-kunang.. suasana senja mgamit memori
Senja terus meninggi hingga kemudian malam dengan manisnya duduk sempurna menghadirkan kelam dan juga menghadirkan bulan yang setia menunggu bintang- bintang menemaninya. Langit malam memang selalu punya seribu satu misteri yang minta di pecahkan. Langit malam memang selalu menyiksakan kedalamannya dan meninggalkan sedikit keindahan di penghujung waktunya.


Ku sebut Mereka Kunang-kunang..
Yang terperangkap Disebuah kota Dalam Cahaya..
sadarkah kalian mereka itu kunang-kunang?
yang merindukan terlelap di buaian malam ...



Kala waktu bisa terdiam,,
biarkan hati yang bicara...
kala cinta telah bicara,,
izinkan hati luluh tak berdaya..
kala cinta mengisaratkan rasa,,
cinta akan tetap jadi cinta..
karena cinta terhadir dalam waktu..
biarlah aku menanti cinta untuk hati disetiap waktu...



Sejuta rindu satu hati,,
dimanakah Cinta diselimuti malam..
akahkah hati terlelap sendiri,,
berharap pagi beri harapan..
Cinta adalah buah kerinduan,,
biarkan aku adalah tanah,,
moga engkau sedia jadi buah yang tumbuh dan ku rindu..


si kunang-kunang itu cantik .. satu serangga yang menghadiahkan cahaya pada malam-malam yang gelap.. kalau dah malam itu.. mestilah gelap kan???? tinggal di dlm hutan.. belukar... berterbangan dimalam hari.. memperlihatkan kecantikkan diri.. kekiri kekanan.. keatas kebawah.. sayapnya membawa diri.. terbanglah kunang-kunang selagi kau masih mampu terbang...

namun , aku bukan kunang-kunang.. kerana aku dilahirkan diatas muka bumi ini sebagai manusia..yang mempunyai akal , hati dan perasaan.. yang mampu membezakan yg baik tau yang buruk.. tetapi kunang-kunang pasti tidak teringin menjadi seperti aku.. hidup dimuka bumi yang penuh ranjau dan dugaan.. sesekali aku terlintas berfikir kenapa aku tidak dilahirkan seperti si kunang.. subahanallah.. aku adalah ciptaan sebaik-baik makhlukNYa....

namun bila terlintas akan dosa dan pahala.. akan syurga dan neraka..akan hari kiamat... aku semakin takut.. dan terlintas mngapa aku tidak seperti kunang-kunang.. hanya berzikir kepada Tuan sekalian alam.. mengapa tidak aku menjadi si kunang-kunang menyerah seluruh jiwa raga kepada Allah yang maha pencipta???? semakin hari semakin pelik fikiran aku... namun aku bersyukur kerana hai ku masih ada takut pada DOSA dan PAHALA....



kunang-kunang cahaya mu kuning..
cemburu aku pada mu kunang-kunang..
cantik warna menyeri malam...
cemburu aku pada mu kunang-kunang..


kunang-kunang cahaya mu kuning..
cemburu aku pada kecantikan mu kunang-kunang..
memberi senyuman pada insan memuja mu..
cemburu aku pada mu kunang-kunang..



kunang-kunang.. cahaya mu kuning..
cemburu aku pada kebebasan mu kunang-kunang..
terbang melebar sayap menyinar malam..
cemburu aku pada mu kunang-kunang..


mereka hanya kunang-kunang....
yang mencuba mengalahkan gemerlapan lampu jalanan...

2 comments: