Wednesday, July 27, 2011

KEHIDUPAN DI DUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU

Sabda Rasulullah s.a.w :

يبكنمب ملسو هيلع لا ىلص لا لوسر ذخَأ لاق امهنع لا يضر رمع نب لا دبع نع
لف تيسمَأ اذإ لوقي رمع نبا ناكو ليبس رباع وَأ بيرغ كنأك ايندلا يف نك لاقف
كتايح نمو كضرمل كتحص نم ذخو ءاسملْ ا رظتنت لف تحبصَأ اذإو حابصلا رظتنت
.كتومل



ىراخبلا هاور

Maksudnya: Daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah 'Anhuma, katanya: Rasulullah S.A.W.memegang
bahuku seraya bersabda: Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau. Ibn Umar berkata: Apabila
kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada
pada waktu pagi,jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa
kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.



Rasulullah S.A.W. mengajar kita supaya menganggap dunia ini sebagai tempat persinggahan. Hidup
yang kekal abadi hanyalah di akhirat nanti. Kehidupan kita ibarat kehidupan seorang perantau yang
singgah di tempat persinggahannya untuk mengumpul bekalan buat perjalanannya yang masihjauh.
Kita hendaklah mengambil peluang semasa kita masih sihat dan masih hidup untuk mengumpul
bekalan akhirat. Sebagai seorang Muslim, kita mestilah menghargai masa dan tidak melengah-
lengahkan urusan yang baik.


Kehidupan Di Dunia Adalah Sementara

~Tempoh kehidupan di dunia terlalu singkat berbanding di alam akhirat yang kekal abadi.

~Dunia merupakan tempat manusia mencari bekalan untuk hari akhirat.

~Antara bekalan atau amalan tersebut ialah seperti ilmu, ibadat, sedekah jariah, dan seumpamanya.

~Manusia tidak wajar leka dengan keseronokan di dunia hingga melupakan kehidupan akhirat yang
lebih berharga.

~Kedudukan manusia sama seperti seorang perantau yang tidak boleh leka dengan keseronokan di
tempat persinggahannya hingga lupa kepada destinasi yang masih jauh



Ya Rabb,
berikan aku sebiji tamar
dari syurga-Mu
bukan sebiji khuldi
yang menyingkirkan Adam
daripada kasih sayang-Mu.


Aku selalu bertanya
cukupkah bekalan ini
untuk aku bawa
ke negeri abadi?


Ya Rabb, dengan seluruh keampunan-Mu
jangan dijawab pertanyaanku
kerana
aku ingin belajar menjadi insan
yang sentiasa takut dan bersedia
bukan peramal dan pemuja.


Hanya satu pintaku
bukakan hijab doa-Mu
untuk namaku.


SHAMSUDIN OTHMAN
Madrasah Sham Al-Johori.
Kuala Lumpur


dari pepatah arab

"Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin,
maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih
jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia"


Ambil dan manfa'atilah peluang semasa kita masih sihat
dan masih hidup untuk mengumpul dan mencukupkan bekalan
akhirat.

WalLahu'alam

No comments:

Post a Comment