Tuesday, September 27, 2011

Ku Ingin Dia Sentiasa Tersenyum


kehidupan tidak akan menjadi indah tanpa kehadiran seseorang yang menjadi peneman hidup dalam melalui liku-liku kehidupan..tanpa cinta, syurga dunia tidak akan kelihatan dan terwujud kerana cinta adalah syurga hati yang paling indah dalam kehidupan..dengan cinta, kehidupan dipenuhi warna-warna yang seindah pelangi walaupun adakalanya cinta diuji hingga tertusuk duri sembilu..namun, cinta tidak pernah mengalah kan??begitu juga dengan diri ini.. hadirnya cinta membawa warna-warna pelangi yang indah walaupun adakalanya diuji.. namun ianya tidak pernah melemahkan perasaan ini untuk mencintainya..

Dengan cinta, perjalanan kehidupan menjadi indah kerana cinta memberi pengalaman dan penjagaran kepada sesiapa yang melaluinya..bagi diriku, cinta adalah kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kedamaian, kesukaan, keasyikan walaupun adakalanya ada sedikit kelukaan, kepedihan dan kesedihan..namun hakikatnya, cinta itu adalah mutiara indah didalam hidupku..
suka duka, tawa, tangisan, keriangan, jeritan keperitan saat bersama akan dikenang selamanya kerana itu semuanya harga yang tidak ternilai harganya bagi diri ini..


hati berkata matanya begitu indah
menatap matanya buat pertama kali
ingin rasanya memiliki jiwa dan raga hatinya
bersamanya didalam kehidupan ini atau pun akan datang
sungguh indah menatap matanya
Sungguh indah menatap matanya seakan melihat matahari
yang selalu menyinari hati ini setiap hari
katakanlah wahai mata hati ku mencintainya
menatap matanya kelmarin
hati terasa ingin mendakap dirinya
terasa ingin mengusap wajahnya
dan berkata
sabar dan tabah hadapi liku hidup ini
jangan gentar hadapinya
ingin ku katakan padanya
apa yang berlaku sekalipun
ku ada disisinya..menemaninya..
matanya penuh lara dan kesedihan
dan mengertilah ku kini apa yang dirasainya
SABAR YA..tabahkanlah hatimu selalu


p/s:ku mencintainya..dan ku ingin dia sentiasa tersenyum..walaupun besar badai yang melanda, ku harap dia kan tabah hadapi gelombang..ku sayang kamu..

Tuesday, September 13, 2011

Kunci hati ku hanya pada Mu

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-Surah Al-Baqarah ayat 216"

Dalam kesamaran waktu ada rintihan yang terrungkap ada bias bicara yang kian terselindung..namun ku gagahi langkah ini dengan penuh kesyukuran serta keredhaan..agar diri ku tak laput di telan perasaan yang mampu mebinasakan...

Ya Allah ..entah kenapa hati ini menjadi tawar serta hiba..adakala aku lupa akan perasaan aku,saat meniti kebahagian,saat dihambat rasa kasih dan sayang..puas ku menyendiri puas aku berfikir mujurlah Allah itu maha pegasih lagi maha menyayangi..Aku diberi arah dan petunjuk serta Berlindung dengan mu bagi menerus kehidupan ini..
aku mengenal makna dosa dan pahala dengan kehendakNya Kau datang semula menghampiri ku
Dan aku terpaku hingga ku hilang tiap-tiap bicara kalbuku... Bukan niat aku untuk menjauhi Tetapi amat sukar sekali Bila kenang kembali.Aku disisih dan dibuang ke tepi Malah aku tidak dipeduli dan Allah Maha mengetahui yang apa ada di hati ini.Biar Dia menentukannya apa yang tersurat mahupun yanag tersirat

adakala aku menyalahkan takdir yang melanda dan aku terus renung kembali sejarah silam
aKu menjadi redha dan sedia terima pe jua yang yang tertulis dalam kehendak Nya
tetapi.Mereka meragui Wujudnya cinta yang sejati dan Tidak pula pada hati ini
Semenjak dari itu mula aKu yakin ada cinta ..dan cintalah yang memungkinkan segalanya
aKu rela..Biar betapapun perit tertusuk duri Jalan berliku tiada bertepi aKu percaya..ia Tidak sia-sia aku diuji Demi sebuah cinta..yang Tersembunyi hikmahnya pasti...

Aku terus terpandang-pandang di dalam alam ini
Sambil aku pandang sambil aku fikiri.Mana bumbung langit tinggi??Mana lantai bumi??
Tiap satu yang terjadi dan Tidak mungkin tersendiri..aku cuba mencari jawapannya andai ia meragui,aku redha dengan ketentuan dari mu ilahi ..mulai sekarang diri Ku rela walau betapa pun ia perit tertusuk duri hati ini tetap berjalan dalam liku-liku yang tiada bertepi..rebah tersungur pasti aku akan bangkit kembali..kerana aku percaya setiap setiap kejadian itu memberi aku ruang dan peluang untuk memperbaiki setiap kelemahan serta kekurangan diri ini..aku renung kata-kata ini allah jadi laut ada pasang dan surutnya..allah adakan sungai pasti ada muaranya..dan setiap hempas ombak ia sentiasa merubah pasir di pantai..

ingin ku rengkuh tapi apa daya raga ini tak mampu
Ingin ku ucap tapi hanya sebatas kata dalam hati
Ingin ku pandang tapi hanya sebatas mimpi
Ingin ku tapi tak mampu berkata karena lidah telah kelu

Izinkan aku menikmati indahnya cinta sekali lagi
Izinkan aku menikmati manisnya cemburu hati
Izinkan aku merasakan indahnya kebersamaan
Izinkan aku merasakan manisnya kecemburuan


Jangan biarkan hati ini sendiri dalam keheningan
Jangan biarkan hati ini larut dalam kemalangan
Jangan biarkan diri ini sendiri dalam kesepian
Jangan biarkan diri ini larut dalam kehampaan


Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untukku suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukaku melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangku melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatku dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untukku melainkan telah Engkau tunaikan segalanya bagiku wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang di rahsiakan dan apa yang di perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaianku. Dan Engkau mengetahui segala hajatku, maka kabulkanlah permohonanku. Ya Allah. Aku bermohon kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatiku, dan keyakinan yang kuat sehingga aku mengerti bahawasanya tidak akan menimpa diriku kecuali apa yang telah Engkau tentukan untukku dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa keatas diriku bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa diriku ini.

Ya Allah…
aku bermohon kepadaMu iman yang aku buat cari kebenaran..Ya Allah… jadikanlah cintaku seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatanku seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu..
Ya Allah…Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong...




pemilik hati ini hanyalah DIA, DIA yang memegang kuncinya, maka hanya dari DIA kan terserah kunci hati ini, pada dia yang diizinkanNYA untuk membukanya, insyaAllah....AMIN ~

Tuesday, September 6, 2011

Kasih Putri

BAHAGIAN ~1

Dalam kesamaran waktu
Ku melihat ada denai yang tidak terungkap
Bagaikan ada liku-liku ranjang yang mendepani usia
Namun ku gagahi langkah ini dengan senyuman
Walau ada badai yang tidak terluah dengan bicara
Sesekali gugur air mata kepiluan
Merintih merayu pada yang MAHA KUASA
Agar diberi kecekalan dan ketabahan hati dalam kehidupan ini
Selagi mata belum terpejam
Selagi itulah, kehidupan akan diteruskan
Tiada ungkapan yang mampu menerobos segala kekusutan
Hanya sujud padaNYA yang mendamaikan akal dan perasaan
YA ALLAH YA RABBI
Berikanlah setitis kekuatan untukku hadapi hari muka
BANTULAH aku dalam mengharungi ranjau berliku hidup ini
Moga ku akan terus tabah melalui hidup ini
PADA YA WAHID ku berharap
Diriku akan sentiasa dilindungi dan dijauhi dari
Kekusutan dan Ketidaktenangan..



Kasih Putri...

Kasih yang penuh cahaya..bak mutiara yang bersinar di setiap sudut ,memberi harapan memberi kasih sayang ,pengorbanan dengan ketelusan setiap impian setiap sesungguhan dan kau tetap berseri di hati kami semua..keikhlasan mu kejujuran mu sentiasa tidak menghampakan ,kau lah sahabat,kau lah guru pada ku..sifat keibuan mu amat ku kagumi..ketabahan mu,kecekalan diri mu menjadi inspirasi pada ku..ya allah hebat benar ujian serta dugaan keatas diri mu putri..tapi kau tak pernah putus semangat sentiasa berdiri teguh menghadapi segala rintangan serta ranjau kehidupan ini..dalam kau megenal erti kehidupan ...



Ya kehidupan???..kehidupan yang penuh liku penuh penderitaan..penuh rasa kehilangan..kau yang bernama putri kasih yang ibarat satu pinjaman bagi mu..kasih yang dimiliki di rentap dengan setiap kehilangan satu persatu..setiap titisan airmata mu menceritakan setiap penderitaan mu mengambar pilu di hati mu,..mama..ayah sudah tiada hanya pada abang-abang yang dipertanggungjawapkan katas dirimu..kekasih hati juga turut meninggalkan mu berjumpa kekasih abadi

ANAK???di mana??sampai hati??...ya anak..anak yang diberi nama Mohd Naseem..yang kau tatangkan bagaikan minyak yang penuh..dididik dengan penuh manja penuh belaian segalanya pada dia juga kau limpahkan kasih sayang bersamanya 8 tahun hidup bersama..dengan kehidupan ketika itu penuh dengan warna-warna ceria..tapi dirimu kehilangan lagi ia itu anakmu..sanggup manusia memisahkan kasih sayang seorang ibu kepada anak nya???sanggup manusia itu menghancurkan hati seorang ibu yang begitu kasih pada anak yang dibela Zalim manusia ini ..di bulan ramadan kau bagaikan terdengar suara anak mu?? ramadan kali ini kau menitis airmata pabila kau seakan terdengar suara tangis anak mu itu..memanggil umi naseem lapar lahh..ya allah kembalikan lahh anak mu itu..ibu mu terlalu rindu kan mu...

Kekasih hati??
kasih yang di abadikan dalam hati mu..kasih yang tulus menyintaimu sentiasa ada dalam hati mu bagaikan..megalir setiap aliran darah dalam tubuh badan mu..itu lah kasih m.e uwaidah..kepada mu..kasih yang sejati kau pernah kau miliki..seorang lelaki yang cukup aku hormati penuh dengan pengorbanan keatas diri mu..kepada dia lah tempat kau meluahkan segala kesusutan..segala penderitaan mu beliau hadapi bersama..ketika kau sakit mederita dengan lukemia dia lah insan yang berani memdermakan sebahagian tulang sum-sum kepada mu..itulah keikhlasan kasih yang sejati berkorban kepada kekasih hati..kerana beliau tak ingin melihat diri mu menderita..setiap langkah nya percaturannya ingin melihat kau kembali tersenyum..riang tapi sekian lamanya dia bersama mu hampir 8 tahun dia juga turut meninggalkan diri mu..utk berjumpa kekasih abadi ALLAH SWT.Dia membawa bersama kasih dan cinta penuh yang kekal di satu sudut hati mu..hanya pusara sebagai tempat untuk kau ziarahi selalu dan disitu lah tempat sering kau bicarakan disaat hati mu di landa keresahan atas setiap kedukaan yang kau hadapi..


Zikir angin bertalkin disambut wirid daun-daun
di juntai dahan kehidupan
tanah basah bagai bertasbih dalam lunak
kerdil membilang nama-Nya
berulang dan berulang dalam senyap
kekhusyukan di laman fana
sebuah perjalanan
di tirai hayat kesementaraan.
Saat derap kaki mengatur
dalam sepoi angin berbahasa
menggemai syahadah
kuziarahi lagi sekebun agung
yang mengakrabkan cinta sang tetamu
tatkala tidak terhitung lirik nurani bermunajat
tika lidah masih mengkhatami luhur doa
dan salam al-Fatihah.untuk mu
M.e. 'Uwaidhah

Dan selepas ketiadaan arwah bermula lah detik kesuraman bagi diri mu..hati mu bagai kosong,di sambar halulintar..angin taufan melanda lautan bagaikan tsunami dengan setiap tomahan,fitnah,keanguhan ,kesombongan manusia ,penipuan manusia berluluasa.. Setiap penjuru diri mu di hujani dugaan yang dicipta oleh sebilangan manusia yang hanya tahu megambil kesempatan diwaktu dirimu lemah dalam kedukaan..dirimu hilang keyakinan lemas dalam airmata...sedih kepiluan zalim manusia ini ....

BERSAMBUNG....