Tuesday, September 6, 2011

Kasih Putri

BAHAGIAN ~1

Dalam kesamaran waktu
Ku melihat ada denai yang tidak terungkap
Bagaikan ada liku-liku ranjang yang mendepani usia
Namun ku gagahi langkah ini dengan senyuman
Walau ada badai yang tidak terluah dengan bicara
Sesekali gugur air mata kepiluan
Merintih merayu pada yang MAHA KUASA
Agar diberi kecekalan dan ketabahan hati dalam kehidupan ini
Selagi mata belum terpejam
Selagi itulah, kehidupan akan diteruskan
Tiada ungkapan yang mampu menerobos segala kekusutan
Hanya sujud padaNYA yang mendamaikan akal dan perasaan
YA ALLAH YA RABBI
Berikanlah setitis kekuatan untukku hadapi hari muka
BANTULAH aku dalam mengharungi ranjau berliku hidup ini
Moga ku akan terus tabah melalui hidup ini
PADA YA WAHID ku berharap
Diriku akan sentiasa dilindungi dan dijauhi dari
Kekusutan dan Ketidaktenangan..



Kasih Putri...

Kasih yang penuh cahaya..bak mutiara yang bersinar di setiap sudut ,memberi harapan memberi kasih sayang ,pengorbanan dengan ketelusan setiap impian setiap sesungguhan dan kau tetap berseri di hati kami semua..keikhlasan mu kejujuran mu sentiasa tidak menghampakan ,kau lah sahabat,kau lah guru pada ku..sifat keibuan mu amat ku kagumi..ketabahan mu,kecekalan diri mu menjadi inspirasi pada ku..ya allah hebat benar ujian serta dugaan keatas diri mu putri..tapi kau tak pernah putus semangat sentiasa berdiri teguh menghadapi segala rintangan serta ranjau kehidupan ini..dalam kau megenal erti kehidupan ...



Ya kehidupan???..kehidupan yang penuh liku penuh penderitaan..penuh rasa kehilangan..kau yang bernama putri kasih yang ibarat satu pinjaman bagi mu..kasih yang dimiliki di rentap dengan setiap kehilangan satu persatu..setiap titisan airmata mu menceritakan setiap penderitaan mu mengambar pilu di hati mu,..mama..ayah sudah tiada hanya pada abang-abang yang dipertanggungjawapkan katas dirimu..kekasih hati juga turut meninggalkan mu berjumpa kekasih abadi

ANAK???di mana??sampai hati??...ya anak..anak yang diberi nama Mohd Naseem..yang kau tatangkan bagaikan minyak yang penuh..dididik dengan penuh manja penuh belaian segalanya pada dia juga kau limpahkan kasih sayang bersamanya 8 tahun hidup bersama..dengan kehidupan ketika itu penuh dengan warna-warna ceria..tapi dirimu kehilangan lagi ia itu anakmu..sanggup manusia memisahkan kasih sayang seorang ibu kepada anak nya???sanggup manusia itu menghancurkan hati seorang ibu yang begitu kasih pada anak yang dibela Zalim manusia ini ..di bulan ramadan kau bagaikan terdengar suara anak mu?? ramadan kali ini kau menitis airmata pabila kau seakan terdengar suara tangis anak mu itu..memanggil umi naseem lapar lahh..ya allah kembalikan lahh anak mu itu..ibu mu terlalu rindu kan mu...

Kekasih hati??
kasih yang di abadikan dalam hati mu..kasih yang tulus menyintaimu sentiasa ada dalam hati mu bagaikan..megalir setiap aliran darah dalam tubuh badan mu..itu lah kasih m.e uwaidah..kepada mu..kasih yang sejati kau pernah kau miliki..seorang lelaki yang cukup aku hormati penuh dengan pengorbanan keatas diri mu..kepada dia lah tempat kau meluahkan segala kesusutan..segala penderitaan mu beliau hadapi bersama..ketika kau sakit mederita dengan lukemia dia lah insan yang berani memdermakan sebahagian tulang sum-sum kepada mu..itulah keikhlasan kasih yang sejati berkorban kepada kekasih hati..kerana beliau tak ingin melihat diri mu menderita..setiap langkah nya percaturannya ingin melihat kau kembali tersenyum..riang tapi sekian lamanya dia bersama mu hampir 8 tahun dia juga turut meninggalkan diri mu..utk berjumpa kekasih abadi ALLAH SWT.Dia membawa bersama kasih dan cinta penuh yang kekal di satu sudut hati mu..hanya pusara sebagai tempat untuk kau ziarahi selalu dan disitu lah tempat sering kau bicarakan disaat hati mu di landa keresahan atas setiap kedukaan yang kau hadapi..


Zikir angin bertalkin disambut wirid daun-daun
di juntai dahan kehidupan
tanah basah bagai bertasbih dalam lunak
kerdil membilang nama-Nya
berulang dan berulang dalam senyap
kekhusyukan di laman fana
sebuah perjalanan
di tirai hayat kesementaraan.
Saat derap kaki mengatur
dalam sepoi angin berbahasa
menggemai syahadah
kuziarahi lagi sekebun agung
yang mengakrabkan cinta sang tetamu
tatkala tidak terhitung lirik nurani bermunajat
tika lidah masih mengkhatami luhur doa
dan salam al-Fatihah.untuk mu
M.e. 'Uwaidhah

Dan selepas ketiadaan arwah bermula lah detik kesuraman bagi diri mu..hati mu bagai kosong,di sambar halulintar..angin taufan melanda lautan bagaikan tsunami dengan setiap tomahan,fitnah,keanguhan ,kesombongan manusia ,penipuan manusia berluluasa.. Setiap penjuru diri mu di hujani dugaan yang dicipta oleh sebilangan manusia yang hanya tahu megambil kesempatan diwaktu dirimu lemah dalam kedukaan..dirimu hilang keyakinan lemas dalam airmata...sedih kepiluan zalim manusia ini ....

BERSAMBUNG....

2 comments:

  1. kehidupan ini adalah sebuah lautan..

    ReplyDelete
  2. Nukilanmu satu azimat buatku..kadang aku terfikir jika aku tiada x mungkin ada sesiapa yg akn menulis tentangku dan tentang mereka,, aku mngharap akn ramai lagi hati2 spt hatimu saudaraku Rosmaini..:-)

    ReplyDelete