Wednesday, November 16, 2011

Cintaku Tersimpul Rapi

Ya Allah, malam ini terasa sunyi sekali. Apakah sebenarnya yang aku sunyi? Adakah sunyi kerana aku semakin jauh dariNya, atau sunyi kerana terasa hidup kekosongan dan memerlukan seorang teman yang bisa mengembirakan hati saat suka dan duka...

Saat aku menulis warkah ini, di hati ini penuh rasa cinta kepadamu... Cintakan ketaqwaanmu, cintakan ketaatanmu, cintakan agamamu, cintakan jiwamu yang mencintaNya.... Bukan sengaja untuk aku mencintaimu..Tapi inilah anugerah yang diberikanNya kepadaku untuk aku menyayangi mu....

Saat aku mencurahkan rasa hati ini, tidak putus rasa bimbang ku kepada dirimu ...Baginda telah berpesan kepada kaummu agar sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan kerana kaummu lah yang mudah untuk menghuni neraka.... Tapi ingatlah wahai kekasihku, Dia maha adil.... Dia telah mengurniakan 1001 kemuliaan kepadamu....

Dengan kedua-dua inilah aku jadikannya wadah untuk menulis syair-syair cinta dengan kalimahNya yang agung untuk kau hayati.... syair-syair ini diibaratkan embun, dan hatimu adalah sekuntum bunga yang mekarnya mempesona..... Maka aku berharap, setiap embun-embun ini apabila ia hinggap di kelopak-kelopak cintamu akan membuatkan cintamu padaNya dan padaku semakin subur....

cinta yang suci bukan dilewati dengan pujian & sanjungan. Cinta yang suci adalah dengan diuji melalui pelbagai peristiwa yang menyakitkan yang membuat hati kita terluka. Allah membentuk dan melatih kita melalui luka itu, bukan pada seberapa besar luka itu tetapi seberapa besar kekuatan & kesabaran yang kita miliki untuk menjalani luka itu. Ya Allah, cekalkan hatiku, dalam menempuh segala ujian yang kau berikan.....


tanpa cinta kita pasti takkan bersama, tanpa cinta tidaklah berbunga hubungan kita, ujian cinta yang datang dalam diriku adalah ujian untuk kita lalui bersama, agar pendekatan dan ketaatan kita pada yang esa bertambah erat, sayang aku tak ingin berpisah denganmu, sayang aku tidak sanggup melihat airmata yang jatuh dipipimu, aku tak sanggup melihat engkau insan yang aku sayangi bersedih dan menitiskan airmata,ujian pasti datang dan terus datang, moga kita dapat lalui dan hadapinya dengan metaati segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.....aku sangat sayang dan cinta padamu......


Demi menjaga hatimu
Ku rela mengalah selalu
Mengapa kau berubah laku


Inikah yang harus ku terima
Di atas setia sekian lama
Kau menjadikan aku
Pelakon dalam sandiwaramu

Rinduku cintaku bukannya yang terkusut
Kuikat kubelai dan kusimpul.....

Hati ingin berbicara
Hati pun sering bertanya
Di mana hujung jalan cerita
Bukannya di bibir tanpa sebarang noktah

Selangkah engkau pergi seribu langkah aku mengejarmu
Sekelip mata engkau hilang seluruh pelusuk ku cari......
Setinggi mana engkau cuba membawa diri akan aku daki......
Sedalam mana engkau cuba menyembunyi kan ku selami

Biar tebukti biar bersaksi
Cinta kita cinta tersimpul rapi



Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji
Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita terkeliru
Ada ketikanya insan yg kita sayang, selalu membuatkan kita terluka
Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita terkilan
Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis
Ada ketikanya insan yg kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata
Namun kita ttp menyayanginya krn dia sentiasa bertakhta di hati kita.. ♥ renungkanlah...


Salam sesuci titis qatrunnada, buatmu gadis solehah, yang maharnya iman dan taqwa, lalu dihiasi tulusnya cinta. Buatmu kasihku, aku doakan untaian mutiara solehah mengalungimu…

No comments:

Post a Comment