Bulan Ramadhan datang lagi ..Bulan yang penuh berkat barakah ini sememangnya ditunggu-tunggu oelh umat islam seluruh dunia untuk melakukan amal ibadah berpuasa
Abu Hurairah telah berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu". - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi
Puasa atau As-Shiyam dalam bahasa arab membawa maksud menahan.Menahan bukan sahaja daripada lapar dan dahaga tetapi juga menahan diri dari segala apa juga perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari disertai dengan niat.
Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Puasa di bulan ramadhan hukumnya wajib dan merupakan salah satu dari rukun islam.Dari Abu Hurairah juga Nabi Muhammad S.a.w bersabda bermaksud; “sungguh telah datang padamu bulan yang penuh dengan barakah,dimana Allah mewajibkan kamu berpuasa ,disaat dibuka pintu-pintu syurga,ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan dan dimana dijumpai satu malam yang nilainya lebih berharga dari seribu malam”
Selain dari menahan lapar dan dahaga kita juga disaran banyak melakukan amal ibadat seperti solat sunat terawih,witir dan bertahajud .Membaca Al-Quran serta pada meraka yang mampu perbanyakkan bersedekah serta mengeluarkan zakat.
Elakkan dari melakukan pembaziran terutama sekali sewaktu berbuka dan janganlah ikut selera yang tidak keruan itu.Ingat di luar sana masih ramai yang malang dan lebih memerlukan
Yang suci Bulan ini
Bulan yang penuh rahmat-Mu
Ku bersujud dihadapan-Mu
Memohon segala ampunan dari Mu
Di bulan yang kau muliakan
kujalani dengan ke khusyukan hati
Bulan yang lebih mulia
Dibandingkan dengan semua yang ada dbumi ini
Terdengar seruan asma-Mu
Di berbagai penjuru bumi
Menyadar ku untuk kembali
Menuju jalan lurus Mu
riuhsepi dingin dinihari
kumamah kalimah mengharap redha Illahi
sepajang hari meletakkan zahiri dan batini
di atas waras iman dijelajahi
kujelajahi kegelisahan yang dahaga
letih meniti hari mengutuh peribadi
tangkas menepis serangan sendiri
musuh dan lawan mengharum suci
ketika siap berbuka
kemenangan pula dahagakan cabaran lain
tarawih dan witir menjelmakan insan fakir
khusyuk patuh tunduk ke langit
ramadan almubarak
semarak kasih Illahi tak kemarau
gemuruh iman menakluk cahaya pedoman
hari-hari melayari kehidupan.
Marhaban ya Ramadhan semoga di bulan yang penuh barakah dan rahmat ini..Kita dapat menjadi manusia yang lebih baik dari tahun sebelumnya..aminn