Tuesday, January 3, 2012

Kerana ALLAH aku cinta pada mu...

Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya. Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja.




Hadis yang bemaksud:

“Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata “aku ini takut kepada Allah”, seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi ( keseorangan) lalu mengalir air matanya”
( muttafaqun alaihi)

Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???

Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T. Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani (anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud:

“Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku”

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnanya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini. Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya, tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan

Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh dengan perhiasan ini.

Kita dapati keterangan demikian dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda:

“Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan shuhada yang menyukai mereka ”

riwayat Attarmizi

Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A)

maksudnya:
” Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi ” Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?” Beliau menjawab ” tidak, aku mencintainya kerana Allah” Maka malaikat itu brekata kepadanya “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.

kita bagaikan dua titis embun
yang bertemu di lautan kehidupan
adakalanya badai nyaris mengusik ketenangan kita
namun pada cinta
kita sentiasa pegang
kekasihku
ku berikan hatiku
ku berikan mataku
agar dirimu bisa melihat
bagaimana cintaku menjagamu
ingin ku kekal selalu bersamamu
berdampingan dan menjagamu
dan suatu hari nanti
ku harap kita bertemu
sebagai bintang yang berpasangan di angkasa sana nanti



p/s: Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah mencintai dan meredhainya.

Saturday, December 31, 2011

Selamat Datang 2012


Selamat Datang 2012 Selamat Tinggal 2011

moga ia menjadi menjadi pengajaran serta kenangan terindah buat kita semua ...
sama ada yang menanti atau yang di tinggalkan..dan insyallah di masa akan datang kita mampu untuk meperbaiki segala kekurangan mahupun kesilapan diri kita ..andai d antara kita masih di panjangkan umur insyallah

Tuesday, December 27, 2011

ku alunkan bisikan rindu ini

bila hati bertamu rindu
ungkapan yang ada dihati adalah rindu tak mungkin ianya berubah
seperti hujan yang berganti matahari rinduku adalah tetamu hati
yang tidak pernah bersilih ganti.Walaupun rindu adakalanya ia bertukar menjadi sepi
namun sepi itu indah bila dihayati dan kenapa hati terlalu merindu sedangkan diri ini tahu
hati ini miliknya..

rindu yang bertamu tak mampu aku terungkapi sedangkan diri ini tahu
situasi dan keadaan sekeliling..sungguh rindu ini menyeka hati,hingga ia menjemput embun di mata
bisakah rindu ini terubati sedangkan rindu yang menyapa tidak terucap dengan suara hati yang petah berbicara..

haruskah ku alunkan bisikan rindu ini diangin lalu
akan kah dirasainya??

haruskah aku bisikan rindu ini pada rembulan
agar dirinya nampak bahasa rindu ini??


Selama aku mencari
Selama aku menanti
Bayang-bayangmu di batas senja
Matahari membakar rinduku
Ku melayang terbang tinggi

Bersama mega-mega
Menembus dinding waktu
Ku terbaring dan pejamkan mata
Dalam hati ku panggil namamu
Semoga saja kau dengar dan merasakan

Getaran di hatiku yang lama
Haus akan belaianmu
Seperti saat dulu saat-saat pertama
Kau dekap dan kau kecup bibir ini
Dan kau bisikkan kata-kata
Aku cinta padamu

Peluhku berjatuhan
Menikmati sentuhan
Perasaan yang teramat dalam
Telah kau bawa segala yang ku punya

Getaran di hatiku yang lama
Haus akan belaianmu
Seperti saat dulu saat-saat pertama
Kau dekap dan kau kecup bibir ini
Dan kau bisikkan kata-kata
Aku cinta kepadamu..............


Tuhan..
aku amat merinduinya hari ini
berilah jawapan rindu ini untuknya


p/s: Lagu rindu ini kuciptakan hanya untuk BINTANG hatiku tercinta
Walau hanya nada sederhana...ijinkan ku ungkap segenap rasa dan kerinduan

Sunday, December 25, 2011

Menghitung Rindu

Serba salah..

Membuatkan hati ini mengalah..mengalahnya si hati tiada siapa yg endah membiarkan ia tanda diri ini sudah pasrah titisan air jernih tidak pernah jemu membasahi pipi puas ku pujuk jangan mengalir lagi..tetapi tetap jua ia menjadi teman sejati dikala rajuknya hati..



Ku pejam mata… tumpah la si air jernih perlahan-lahan ku sapu..tatkala hati pedih merintih..
Sekelumit balasan tidak pernah ku minta keikhlasan ku sandarkan cuma..Cukuplah doa kesejahteraan jika ada..agar ku tabah dengan ujian yang tersedia..dan moga air jernih ini yang mengalis suci
memutihkan hatiku…

pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang..bila cinta suatu hari pasti akan bertemu..
kerana di dalam hati hanya ada cinta kasih Ilahi..
berpisah hanya sementara..kerna pertemuan bukan milik kita..
jasad dan suara berjauhan sentiasa..namun cinta tetap abadi…

dan bila terpisah selalu menderita..kerana syurga menagih ujian..
namun neraka dipagari oleh nikmat..bertemu tidak jemu,berpisah tak gelisah..
ibarat bicara kita adalah bicara sufi..tanpa suara dan kata-kata..
kerana penghubung kita adalah suara hati..bertemu berpisah kerana Allah SWT


sayang..
tataplah mataku disini
renunglah mataku
lihatlah ke dalam-dalam mataku
kan dirimu rasai hangat rinduku
getar cintaku padamu
betapa hatiku merinduimu
bersama dingin alam yang kehujanan malam ini
getaran rinduku bersemarak
bersama bisikan cintaku untukmu

sayang..
lihatlah ke dalam anak mataku
tak terdaya menahan gelora rasa rindu
yang makin mendalam untukmu
ku kirim puisi indah untukmu
untuk malam yang indah ini
pada Illahi ku memohon
menjaga dirimu melindungi dirimu
sejahterakan dirimu..sejahterakan keluargamu
damaikan dirimu..tenangkan dirimu selalu
sayang
pandanglah mataku malam ini
kau kan lihat hangat rinduku yang merinduimu

Ya Al-Hafiz…
Aku mohon kepadaMu…
Tanpa sebarang kalam dan ungkapan bicara
Hadirkanlah rasa cinta ini…rindu ini..terus ke hatinya
Hadirkanlah rasa itu ke hatinya seandainya disitu ada redhaMu
Dalam setiap detikan rindu antara kami…
Eratkanlah tautan hati kami bersama-sama dengan rahmat dan kasih sayang
Aku pasrah dan berserah kepadaMu
Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

Ampuni khilaf dan dosa aku selama ini kepada-Mu

Sesuatu yang aku inginkan tidak aku perolehi,Sesuatu yang aku tidak impikan pula yang aku dapat,Ketika hadirnya mentari aku masih dengan sikap aku,masih tidak berubah entah bila aku akan kembali..aku sendiri pun tak tahu

Kadang-kadang aku sedih,sedih dan sedih kenapa aku ketika berada di situasi yang baran,
aku seolah-olah tidak sedar dengan perbuatan yang aku sedang lakukan,Kenapa aku tidak sedar bahawa ada seseorang yang sedang malah sentiasa memerhatikanku


Ketika malam menjelma aku berasa tenang,aku berasa ingin berubah,
Tapi,hanya sekejap perasaan itu datang entah kenapa dengan diri aku ini,
mungkin hati ini sudah terlalu kotor Sudah semakin berkarat,
Maka sebab itu,aku begitu sukar untuk istiqamah dalam sesuatu amal baik yang aku lakukan.

Di saat kesunyian di waktu dinihari..mengapa begitu sukar untuk aku menangis dengan sepenuh dan seikhlas hati..Mengapa diriku tidak sepenuh hati untuk menunaikan ibadat sunat yang lebih dan di saat aku berdiri mendirikan solat seringkali hati aku tidak hadir bersama dengan jasad aku,
Seringkali hanya jasadku yang bergerak-gerak..namun hatiku dan mindaku entah melayang ke mana…..

Ya Allah,lindungiku daripada putus asa,
Jika ajalku sudah tiba,
Matikan aku dalam Beriman,
Dan pertemukan aku dengan-Mu
Dalam keadaan Engkau tersenyum apabila memandangku………

Ya Allah
ku tahu saat ini diriku rebah
ku rasai saat ini aku lemah dan aku tertewas
namun dengan penuh kerendahan hati ini
izinkanlah diriku terus mendaki kehidupan didunia ini
jangan KAU ralaukan terus hatiku
hingga diriku tak mampu untuk bangkit dari kekecewaan dan kekalahan
YA Rahman YA Rahim
ku tahu aku insan yang hina
melakukan kesilapan tanpa mengetahui kesannya
namun izinkanlah aku terus berdoa dan bertaqwa padaMU

Sungguh,hanya Engkau yang Maha Layak memberikan segala Keampunan,
Dan terimalah diriku yang penuh dengan hina-dina ini di dunia ini dan di hari yang kekal buat selama-lamanya kelak……

Amin….
ALLAH Tuhanku…..