Dalam kehidupan kita memerlukan orang di sekeliling kita. Banyak keperluan hidup kita adalah atas bantuan dan pertolongan orang lain.
Ketika kita bergaul dengan orang lain, akan terjadi pelbagai peristiwa yang seringkali tidak kita ingini. Disaat orang melakukan kesalahan terhadap kita, hendaklah kita bermurah hati memaafkannya. Firman Allah ertinya:
"Jadilah engkau orang yang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang maaruf,
serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh"
(Surah Al-A'ref:199)
Sifat pemaaf adalah merupakan lambang keperibadian yang indah, sebab didalam sanubari orang yang suka memaafkan orang lain itu tersimpan keikhlasan hati. Seorang pemaaf dapat menghindarkan diri dari perasaan dendam dan beranggapan bahawa kesalahan seseorang itu adalah disebabkan oleh satu kekeliruan dan kelemahan kita sebagai manusia. Malah Al-Quran sendiri mengajar kita menjadi orang yang sabar dan tidak menjadi...
seorang yang tidak suka memaafkan kesalahan orang lain.
Memaafkan orang lain yang bersalah, beerti kita telah membebaskan mereka dari rasa bersalah. Memaafkan kesalahan seseorang itu merupakan satu amalan yang terpuji. Sifat cinta kedamaian dan ingin berbuat baik dalam membebaskan orang lain dari dosa, itulah yang dituntut dalam agama kita.
Sifat pemaaf adalah merupakan satu daripada ciri-ciri orang yang bertakwa. Firman Allah s.w.t ertinya:
"bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya, baik di wakatu lapang mahupun sempit. Orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."
(Ali-Imran: 133-134)
No comments:
Post a Comment