Allah menciptakan manusia sama, Dengan sebaik-baik kejadian, Cuma amalan manusia itu berbeza-beza, Ada yang lalai dengan angan-angan, Ada yang tekun berusaha, Tentu nasib mereka berlainan, Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya, Kelalaian dibalas kegagalan, Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala, Kau diberi peluang membuat pilihan, Kau jua yang tanggung natijahnya. 'Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.' (Surah al-Tin: 4)
Wednesday, March 23, 2011
SEBUAH PERTEMUAN..
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau nsanea rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama TEMAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment