Wednesday, April 13, 2011

Kasih sayang & Syariat Sarwajagat

Cinta,kasih dan sayang,semuanya bersifat sama-wujud perasaan dan kencenderungan dan perhatian yang istimewa antara satu pihak lain.Ia menunjukkan bahawa berkasih sayang itu adalah satu perkara yang berlaku sama ada di antara dua pihak atau satu pihak sahaja.Sebagaimana firman Allah swt di dalam Al-Quran,”katakanlah wahai Muhammad,sekiranya kamu menyayangi Allah maka ikutlah ajaranku,nescaya Allah swt akan menyayangi kamu dan mengampunkan semua dosa-dosa kamu.sesungguhnya Allah swt itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi”


Allah swt telah menekankan tentang peri pentingnya wujud kasih sayang di kalangan insan dan juga terhadap makhluk Allah yang lain.Namun ada di kalangan insan sendiri yang tidak mengerti peri pentingnya kasih sayang yang sejati dan dredhai ilahi lalu mencampur adukkan peluang berkasih sayang itudengan perasaan inginkan kesedapan perasaan dan layanan nafsu.Tidak kurang juga ada di kalangan pasangan yang berebut kasih sayang sehingga menyebabkan pertelingkahan,perpecahan dan perbuatan yang dimurkai oleh Allah.

Berkasih sayang itu merupakan satu fitrah yang telah di programkan oleh pencipta kita supaya perjalanan hidup manusia di muka bumi ini mempunyai kelangsungan hidup.Perasaan kasih sayang ini adakala disebut dalam satu perkataan dan adakalanya disebut secara berasingan tetapi setiap bentuk sebutan itu menunjukan cara perlakuan sifat sayang-menyayang diri sendiri ataupun orang lain.

Namun,kasih sayang perlu berlandaskan kepada aturan dan tunjuk ajar Allah swt melalui tingkah laku Rasulillah saw yang menjadi model dalam membentuk tatacara kehidupan harian kita.Erti kasih sayang yang telah di terapkan oleh baginda Rasulullah itu ada perkaitan dengan keimanan.Sebagaimana sebuah hadis baginda yang bermaksud: “Tidak akan beriman seseorang itu sehingga beliau mengasihi saudaranya seperti mana beliau mengasihi dirinya sendiri.”
Kasih sayang yang telah ditunjukan baginda Rasulullah terhadap saidatina Khatijah r.a boleh dijadikan contoh dan gambaran bagaimana kita mempratikkan erti kasih sayang sesama kita.Bagaimana sememangnya begitu sayangakan isteri pertamanay ini sehingga bertahun lamanya beginda sedih selepas kemangkatan Khatijah sehingga sering menyebut-nyebut namanya.


Allah s.w.t juga mempunyai nama dan sifat Maha Mengasihi sehingga meletakkan syiar kasih sayang di dalam syariat-Nya.Wujud kasih sayang itu adalah untuk tujuan kelangsungan hidup dan saling menjaga antara satu sama lain.Cuba bayangkan jika tiada perasaan itu,nescaya tidak akan ada pihak yang mengambil berat antara satu sama lain dan tidak akan ada kelangsungan hidup menusia sehingga dapat mewarisi dunia ini.Tanpa perasaan kasih,seorang lelaki tidak akan mengambil berat terhadap kebajikan dan keperluan pasangan wanitanya(isteri).Manakala manusia pula akan sanggup membunuh,menganiaya dan menzalimi insan lain.

Cuba lihat contoh pasangan yang hidup tanpa perasaan kasih sayang.Adakah mungkin pasangan wanita akan rasa hormat terhadap pasangan lelakinya?.Mungkin pasangan lelaki tersebut akan memperlakukan wanita itu untuk kepuasan nafsunya sahaja.Tanpa kasih dan sayang,seseorang lelaki itu akan ‘mempergunakakan’ wanita itu untuk keperluan nafsu semata-mata dan selepas itu akan membiarkan tanpa penjagaan dan perhatian.Tidak seperti mana isteri-isteri yang diberi layanan dan perhatian yang baik oleh suami masing-masing.

Tanpa perasaan juga,seorang majikan akan memperlakukan pekerjanya dengan sesuka hati,menipu dan menganiaya pekerjanya.Tanpa persaan kasih kasih sayang juga,seseoranag individu itu akan menkianati rakan kongsinya tanpa belas kasihan seperti mana yang berlaku di dalam dunia perniagaan

Akan tetapi kasih sayang juga tidak ketinggalan untuk dijadikan sempadan terhadap kita semua sebagaimana kisah pasangan hidup ‘berkasih sayang’ namun dicemari dengan perlakuan yang sumbang dan tindakan yang melampaui batasan akhlak dan syarak.Ini pastinya akan mengotorkan hati dan naluri untuk melakukan perkara yang baik.Tindakan dan perlakuan yang seumpama itu adalah disebabkan timbulnya rasa kasih sayang yang tidak wajar dan di tambah dengan tinkah laku yang tidak menurut ajaran dan petua berkasih sayang yang sebenarnya

Islam sudah menyediakan cara hidup cukup lengkap dan sewajarnya mereka berpegang teguh pada ajaran Islam bagi mencapai kejayaan. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim yang mengamalkannya dalam kehidupan. Setiap insan mahu diri mereka disayangi. Oleh itu wujud sistem kekeluargaan dalam masyarakat yang berteraskan kasih sayang ini untuk kehidupan yang aman damai. Apabila sifat kasih sayang mula luntur ditambah pula sifat dendam dan kebencian, ianya akan menjanjikan kehancuran kepada sesuatu bangsa atau masyarakat.

Oleh itu marilah kita bersama-sama dengan semangat kasih sayang yang pernah menjanjikan kebahagiaan kepada kita dan melupakan segala kesengsaraan. Biarlah kita semai diri setiap kita dengan hati yang jujur lagi ikhlas, dengan ajaran yang murni semoga berkekalan hingga ke generasi anak cucu cicit kita seterusnya. Banyak tanggungjawab kita yang belum selesai dan sesungguhnya kebencian tidak pernah menjanjikan kebahagiaan kepada sesiapa pun jua.

No comments:

Post a Comment