kehidupan ini satu perjalanan,tak ku nampak perhentian,
Melainkan kematian itu pun satu permulaan,
Makin diredah makin parah,liku-liku itu memeritkan,
penuh persoalan,
dugaan dan beban,
kejayaan dan kebahagian,
kabur dan terang,tiada kesudahan tiada jawapan,
yang ku sangka hidup ini dikatakan sempurna,
yang ku sangka dunia ini indah belaka,
senyum dan ketawa
yang diharap dan diimpikan semuanya
pastiku genggam dengan jaya
tapi hadir adalah sebaliknya
kenapakah ada tangisan,kekecewaan,kenapakah ada duka
tidak ku ketahui kenapa,apakah puncanya,lalu ku mahu tahu bagaimana
mungkin ku tersalah langkah,beralah
mungkin ku tersilap pandang terhalang
atau jalan yang ku lalui ini sebenarnya susah
atau mudah menggelabah,seba salah
atau pilihan ku ini sebenarnya sudah bermasalah
atau..mungkinkah ini masanya untukku berubah????
No comments:
Post a Comment