Wednesday, April 6, 2011

warkah untuk mu kekasih

Assalamualaikum……


Dengan nama Tuhan Yang Maha Pengasih yang masih merahmati hidupku untuk aku utuskan warkah cinta ini buat kekasih yang aku rindui. Semoga Allah merahmati hidupmu dan hidupku serta bahagiakan kita oleh kerana cintaNYA.Namun sarat rindu yang aku tanggung ini tetap tidak pernah surut dari hatiku. Bagai habis sudah ikhtiarku untuk diterangkan gelora rindu ini. Namun ia tetap hangat di dada.

Kekasih…
Setiap malam aku merenung ke dada langit dan kulihat bintang¬-bintang rindumu bergermerlapan di sana. Betapa aku bahagia kerana aku tahu saat itu bukan hanya aku malah dirimu juga turut merindui, kerana terlalu banyak bintang yang bersinar di langit tinggi.Rindu yang mendambakan kasihku padamu. Hatiku yang penuh dengan cintamu dan tidak bisa dimasuki oleh kasih yang lain. Hanya kasihmu yang aku miliki, yang menceriakan kehidupanku walaupun kadang­kadang aku tersasar oleh kerana mabuk kerinduan.


Kekasih…
Bahasa apa yang patut aku bicarakan bagi mempersembahkan rindu di dada ini? Kini hanya tinggal tutur mata yang buat menulis lembaran rindu yang jika diperkisahkan nescaya tidak akan tamat selamanya. Sehingga tiba saat yang telah ditetapkan Tuhan untuk aku, dirimu dan kisah cinta kita ini. Dan di waktu itu kita akan pasrah dan redha segalanya yang telah ditakdirkan Tuhan. Ingin aku katakan padamu bahawa aku tidak pernah menduakan kasihmu. Aku tidak pernah menduakan cintamu kerana hatiku telah dirimu miliki. Bagaimana aku harus mengisinya dengan sesuatu yang lain sedangkan ia berada disampingmu. Janganlah dirimu sangsi dengan kesetiaanku, kerana aku telah membina benteng yang tinggi agar cintamu yang kumiliki tidak terlepas keluar dari sempadan hati dan menghalang sebarang cinta dari luar untuk menerobosi jiwaku.


Kekasih…
Sekiranya telah tiba saat itu buat kita, aku bermohon pada Tuhan agar Dia menjemput kita dengan penuh rasa cinta dan rindu di dada. Biarlah cinta dan rindu kita ini menjadi saksi betapa agongnya Pencipta yang telah menganugerahkan bagi kita suatu rasa yang tidak hilang oleh masa dan sebabnya juga kita dicipta. Aku jamin ia tidak akan berubah arah sehinggalah Tuhan benar­benar menentukan dan menyatakan kehendaknya dalam kisah perjalanan cinta kita ini. Namun aku sentiasa berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Tuhan di hari kemudian.


Kekasih..
Sekiranya selepas ini aku dijemput pergi, jadikanlah warkah cinta ini sebagai suatu nasihat dan pesanan buat dirimu menjalani hidup ini. Yang pergi tetap pergi dan yang hidup mesti meneruskan hidup ini.,Hendaklah dirimu ketahui bahawa cinta dan rinduku menjangkaui tanah yang menutupi bumi. Cinta dan rindumu adalah menjadi teman paling setia dalam hidupku walau saat dirimu tiada disisiku.


Kekasih..
Tiadalah sebaik kata­kata yang mampu aku tuliskan dalam warkah cintaku ini hanya untuk diri mu yang amat ku kasihi
Kasih sejuta kali kau terima cinta ku,sejuta kali ku setia padamu,selagi mentari beredar,selagi bintang bernafas di dada langit,selagi itu kau terpahat di hati ku..
Tiada lafaz dapat ku zahirkan untuk aku melahirkan sayangku padamu,namun ku cuba untuk mengasihi mu dan selamanya memilikimu,akan ku warnai seharum kasturi


Kekasih..
Tahukah kau sedalam mana cintaku padamu,apabila ku jatuhkan airmata ini ke dalam lautan,jika seseorng menjumpainya.ketika itu barulah aku berhenti mencintai mu sayangku..
Andaiku bisikkan pada angin,akan ku pesan agar dirimu selalu di hatiku,andai dapat ku bawa hati mu bersama ku,akan ku semat ke dasar hatimu..
Tanpa mu,aku lah yang rindu,tanpa mu hilanglah manja ku,kasih mu takhta naluri hatiku,cintamu hanya di hatiku.
.

Kekasih...
Sekarang ini aku penat memikul janji cinta kita. Namun aku bahagia kerananya. Dan aku benar­ benar tidak sabar untuk menanti hari yang menghalalkan aku segalanya keatasmu. Dan doaku, moga Tuhan masih sudi untuk merahmati umur dan nyawaku sehingga ke saat itu...semoga jodoh pertemuaan itu milik kita berdua..insyallah




Hanyalah dirimu kekasihku…..

No comments:

Post a Comment