Tuesday, September 27, 2011

Ku Ingin Dia Sentiasa Tersenyum


kehidupan tidak akan menjadi indah tanpa kehadiran seseorang yang menjadi peneman hidup dalam melalui liku-liku kehidupan..tanpa cinta, syurga dunia tidak akan kelihatan dan terwujud kerana cinta adalah syurga hati yang paling indah dalam kehidupan..dengan cinta, kehidupan dipenuhi warna-warna yang seindah pelangi walaupun adakalanya cinta diuji hingga tertusuk duri sembilu..namun, cinta tidak pernah mengalah kan??begitu juga dengan diri ini.. hadirnya cinta membawa warna-warna pelangi yang indah walaupun adakalanya diuji.. namun ianya tidak pernah melemahkan perasaan ini untuk mencintainya..

Dengan cinta, perjalanan kehidupan menjadi indah kerana cinta memberi pengalaman dan penjagaran kepada sesiapa yang melaluinya..bagi diriku, cinta adalah kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kedamaian, kesukaan, keasyikan walaupun adakalanya ada sedikit kelukaan, kepedihan dan kesedihan..namun hakikatnya, cinta itu adalah mutiara indah didalam hidupku..
suka duka, tawa, tangisan, keriangan, jeritan keperitan saat bersama akan dikenang selamanya kerana itu semuanya harga yang tidak ternilai harganya bagi diri ini..


hati berkata matanya begitu indah
menatap matanya buat pertama kali
ingin rasanya memiliki jiwa dan raga hatinya
bersamanya didalam kehidupan ini atau pun akan datang
sungguh indah menatap matanya
Sungguh indah menatap matanya seakan melihat matahari
yang selalu menyinari hati ini setiap hari
katakanlah wahai mata hati ku mencintainya
menatap matanya kelmarin
hati terasa ingin mendakap dirinya
terasa ingin mengusap wajahnya
dan berkata
sabar dan tabah hadapi liku hidup ini
jangan gentar hadapinya
ingin ku katakan padanya
apa yang berlaku sekalipun
ku ada disisinya..menemaninya..
matanya penuh lara dan kesedihan
dan mengertilah ku kini apa yang dirasainya
SABAR YA..tabahkanlah hatimu selalu


p/s:ku mencintainya..dan ku ingin dia sentiasa tersenyum..walaupun besar badai yang melanda, ku harap dia kan tabah hadapi gelombang..ku sayang kamu..

No comments:

Post a Comment