Thursday, March 31, 2011

Cintai Si Dia Seadanya

“Kaulah segalanya untuk ku..
Kaulah curahan hati ini..
Tak mungkin dapat ku melupakan mu..
Tiada lain hanya kau seorang..”pehh! bergegar jiwa
Mendengar alulan gemersik suara Ruth Sahanaya
Mendengangkan lagu ‘kaulah segalanya’


Bila mendengar lagu itu,pasti ingatan terbang mengingati si dia.Terutama apabila jiwa diburu kerinduan yang begitu mengasyikkan.Tapi bila ada teman yang melemparkan soalan,adakah kamu benar-benar boleh bersamanya sedangkan banyak perkara yang membezakan antara kamu berdua?Sudah pasti kamu terkelu seribu bahasa...

Renungkan sejenak,mungkin ada perbezaan antara kamu dan dia.Contohnya,gaji kamu lebih besar dari dia atau pun si dia jelita/kacak,tidak setanding dengan kamu.Jika kamu menganggap perbezaan itu menjadi penghalang,sanggup kah kamu mencintai si dia dari segenap aspek??

~PERSAMAAN~

Kerap kali kita mengambil kira faktor persamaan dalam memilih pasangan.Persamaan dari segi sikap dan kegemaran antara faktor utama kita dalam memburu sinar cinta,Bagi kamu,jika saling memiliki persamaan,ikatan percintaan lebih utuh dan menjanjikan perhubungan yang berkekalan.Bila ada persamaan,kamu dan si dia lebih menerima antara satu sama lain.Kamu juga boleh mengenali si dia dengan dengan lebih cepat kerana persamaan tersebut.tidak perlu ,mengambil masa yang agak lama untuk mengenali si dia secara mendalam kerana pantulan diri kamu ada pada nya.Kiranya kamu mudah mengetahui ’True colour’ si dia.Begitu juga dengan si dia yang mudah mengenali siapa kamu kerana memiliki persamaan..

“Namun tidak semestinya jika memiliki banyak persamaan,perhubungan akan berjalan lancar tanpa perlu menghadapi pelbagai rintangan.Asam garam dan pahit manis tetap akan MENGHIASI

perhubungan tersebut.Itulah hakikat terpaksa kamu akui dan hadapi untuk menyahut cabaran cinta.Jika perhubungan hanya mendatar saja,tentu akan terasa bosan dan kurang ceria.Tidak selalunya perhubungan itu akan berwarna-warni kerana pesti dalam masa-masa tertentu ia akan diselubungi kesuraman dan hambar.Tapi jangan pula kamu risau jika merasa perhubungan yang terjalin adakala muram durja.Bukannya selalu hidupkita indah kerana sudah tentu ada hari-hari yang menyedihkan akan kita lalui.Namun hadapi ia dengan tenang.Cubalah berfikiran positif dan elakkan salah anggapan terhadap si dia mahu pun diri kamu sendiri.Jika perkara sebegini,jangan cepat melatah.Sebaliknya beri peluang dan ruang pada diri kamu dan si dia untuk memperbaiki segala kelemahan agar percintaan ini dapat berkekalan.”

~PRO & KONTRA~

Ada yang menganggap jika perangai seseorang itu berlawanan dengan kekasih,hubungan yang terjalin sukar untuk kekal bertahan.Benar kah tanggapan itu?Sukar untuk menjangka tahap sesebuah hubungan itu mampu bertahan.Namun jika ada usaha gigih dari kedua belah pihak,pasti segala cabaran dapat dilalui dengan tenang.Jika perangai atau pun kegemaran kamu amat bertentangan dengan si dia,bagaimana cara kamu menangani masalah ini?Kamu sesekali tidak boleh memaksa si dia supaya menyukai apa yang kamu suka atau pun bersikap sama seperti kamu.Begitu juga dengan dirinya yang tidak boleh memaksa kamu melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu gemari.Jika terdapat paksaan dari kedua belah pihak,keikhlasan dan kejujuran tidak akan terbentuk.Tidak usah menjadi seorang yang hipokrit jika tiada kesungguhan dari HATI..

“Namun,tidak semuanya pasangan yang mempunyai sifat bertentangan sukar untuk serasi.Ada juga pasangan Pro dan Kontra ini mampu menjalinkan hubungan yang berkekalan kerana sifat sebegini banyak membantu mereka dalam menyemai perasaan cinta dan sayang.Oleh itu,jangan berfikiran negatif jika kamu ketahui si dia amat berlawanan dengan sifat kamu.Tak salah memberi peluang dan ruang untuk mendampingi kamu.Jika timbul keserasian pasti hubungan yang terjalin ini mampu bertahan lama seperti mana yang kamu impikan.Malah kedangkala,perbezaan itulah yang membuahkan keserasian.

Jadi,dalam konteks sebuah perhubungan,jika sudah timbul perasaan sayang dan seterusnya cinta bercambah dari hati,kamu dan si dia harus belajar menerima antara satu sama lain.Tiada sebarang paksaan dari apa juga sudut kerana ia boleh menjejaskan perhubungan.Lakukan sesuatu dengan hati yang terbuka,jujur dan ikhlas.Apa saja kekurangan yang ada pada dirinya,harus kamu akui dan terima kerana itulah dirinya sebelum dan semasa kamu kenalinya.Tapi tak salah kalau kamu membantunya memperbaiki kelemahannya.Begitu juga dengan dirinya yang harus menerima diri kamu seada-adanya.........

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN..SEMOGA KALIAN KETEMUI APA YANG KAMU IMPIKAN...
WALLAHHUALAM

No comments:

Post a Comment