Friday, April 15, 2011

Mencari Lelaki Terhangat Di Pasaran

Assalamualaikum dan salam persaudaraan daripada saya buat semua sahabat ku sekalian,ketika ini saya amat teruja untuk membicarakan tentang Lelaki terhangat di pasaran...macam mana hangatnya tu?kadang saya tertanya adakah lelaki seperti ini selalu di cari oleh wanita?dari mana ukurannya ?sahabat saya ada berkata pada saya..

Putri: “maini kamu ni kumbang idaman malaya”
Maini: “dan kamu bunga yang mekar mewangi seluruh
taman..dambaan para sang kumbang”


Persoalannya adakah lelaki itu betul-betul menepati citarasa kamu yang boleh di katakan yang terhangat di pasaran bak kata KRU “jangan ketinggalan tawaran istimewa ?kepuasan di jamin 100% buatan malaysia”

Ok lah jika kamu seorang wanita yang belum berkahwin dan mengimpikan seorang lelaki menjadi pendamping dan teman hidup kamu.semak lah dulu fail-fail lelaki berkenaan dengan teliti.Lelaki memiliki bermacam-macam sifat dan karakter mereka..kadang ada juga lelaki yang jatuh cinta memiliki objektif yang berbeza...ada yang mencari dengan rupa?kalau nak di katakan pencarian dengan rupa ni tak kekal juga sebab lama-lama rupa ni expired..

~Mencintai wanita dengan tulus~

Maka untuk mencari lelaki yang terhangat di pasaran ini cari lah lelaki mencintai wanita untuk ibadat,iaitu lelaki yang mencari seorang isteri dan ibu kepada anak-anak yang akan di lahir kan.ketelusan cinta yang di tonjolkan menjadi kekuatan perhubungan mereka .Cinta yang sebegini asasnya adalah kerana Allah Taala sehingga apa sahaja kebaikan yang di beri suami dan ketaatan yang di lakukan oleh isteri dihitung sebagai ibadah yang mendatangkan pahala.

Cinta tulus yang merupakan ibadah.Hal ini dipaparkan di dalam banyak hadis Nabi SAW.Salah satunya adalah pahala menjaga isteri yang sakit sama dengan pahala jihad dijalan Allah:”daripada Ibnu Umar katanya,adapun Usman tidak ikut berperang Badar kerana isterinya sakit(isteri beliau adalah puteri Rasulullah SAW).Maka Rasulullah bersabda: “sesungguhnya engkau mendapat pahala seorang lelaki tentera badar dan bahagiannya.”(hadis riwayat al-Bukhari)

Begitulah ketulusan cinta seorang suami kepada isterinya,betapa islammenyuruh setiap lelaki untuk mengambil berat tentang keperluan isteri.Sebagai mana sabda baginda SAW ketika di rumah,Beliau berkata: Di rumah Rasulullah melayan isterinya”Riwayat al-Bukhari.

Begitulah sikap lelaki terbaik yang menjadi idaman para wanita.lelaki ini meletakkan wanita sebagai insan yang mesti diberi perhatian,kelembutan dan kasih sayang.Masih ramaikah lelaki-lelaki Muslim yang contohi Rasulullah SAW dan para sahabatnya di dalam menyayangi dan menghormati isteri?

Dalam pencarian kamu yang panjang dan melelahkan itu ,kadang –kadang kamu rasa berputus asa untuk mendapatkan seseorang yang menjadi idaman hati.Rasa tidak percaya kepada kaum lelaki kerap menjadi masalah terbesar yang masih terbuku di hati kamu,Mungkin kamu pernah di kecewakan oleh seorng lelaki tetapi tidak semestinya cinta kedua kamu akan gagal lagi,sikap tidak menberi peluang langsung kepada setiap lelaki yang mahu mendekati kamu menjadi punca mengapa kamu tidak menemukan sosok hebat seorang kekasih yang beriman.


~Jadikan pengalaman sebagai pengajaran~


Pencarian kamu merupakan usaha yang mulia jika diniatkan untuk membina rumah tangga yang soleh.Kamu berkenalan dengan seorang lelaki dan berharap dia boleh menjadi suami yang memimpin keluarga.Keadaan ini lebih baik daripada sombong dan menganggap semua lelaki tak bertanggungjawap.Takkan Tuhan mencipta semua lelaki jahat.Jangan prejudis hingga tawar perasaan sendiri,setiap yang manis dan pahit itu menjadi pengajaran kepada hati kamu bahawa cinta mesti diperjuangkan demi cinta yang sejati dan murni

Kadang-kadang ramai juga wanita yang masih single dan telah berada pada paras bahaya di atas puncak kematangan usianya menjadi kelam kabut dan terlau golojoh mencari bakal suami hingga tak kisah langsung siapakah lelaki yang baru dikenalnya?Apakah sama taraf dan latar belakangnya dari segi pendidikan dan pendapatan,agama dan akhlak?.Konsep sekufu yang praktikal mesti menjadi perkiraan,jika tidak mereka mudah tertipu dan patah hati untuk sekian kali tanpa mengambil pengajaran dari peristiwa masa lalu,Kalau pun mereka berkahwin,mesti ada halangan-halangan yang akn menjejaskan rumah tangga yang mereka tidak bahagia.


~BERDOA DAN BERUSAHA~




Sesungguhnya ada dia antara kita semua yang menjadi mangsa pencarian cinta.Punca sebenar fenomena ini adalah kerana mereka sendiri tidak pasti dengan bentuk perhubungan yang mahu dijalinkan.untuk apa dan kerana apa dia mencintai si dia?jika niat kerana Allah SWT dan mahu membina keluarga beriman nescaya jalan-jalan yang akan ditempuhi mudah dikenal pasti kerana ia mengikut jalan syarie,kalau pun ada halangan-halangan yang menjejaskan perhubungan,itu semuanya disandarkan kepada kuasa Qadak dan Qadar Allah SWT

Yang kedua adalah punca daripada keperibadian kamu atau pasangan kamu yang kurang menyerlah semua orang mesti ada kelebihan disebalik kekurangannya.Ada yang berasal miskin dan rendah darjat tapi akhlak dan keanggunannya mengalahkan puteri raja yang dikongkong hidupnya.
Meskipun kamu tak sempurna pasti ada sebiji mutiara yang bersinar dalam diri kamu,pastikan ia terserlah dan menjadi kebanggaan orang-orang di sekeliling kamu,Alangkah beruntungnya jika kamu menikmati cahaya mutiara dengan niat yang suci ,iaitu mencintai kamu kerana ALLAH SWT.

“Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman dan Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

Buat lah penilaian sendiri adakah dia lelaki terhangat di pasaran mu???wallahualam

3 comments:

  1. suke suke suke..alhmdullh, ilmunya copy paste in my heart..

    ReplyDelete
  2. ideanya dari kamu...in ur heart but also in my mine

    ReplyDelete
  3. ooo that great, teruja dgn ayat ni:Yang kedua adalah punca daripada keperibadia kamu atau pasangan kamu yang kurang menyerlah semua orang mesti ada kelebihan disebalik kekurangannya.Ada yang berasal miskin dan rendah darjat tapi akhlak dan keanggunannya mengalahkan puteri raja yang dikongkong hidupnya.
    Meskipun kamu tak sempurna pasti ada sebiji mutiara yang bersinar dalam diri kamu,pastikan ia terserlah dan menjadi kebanggaan orang-orang di sekeliling kamu,Alangkah beruntungnya jika kamu menikmati cahaya mutiara dengan niat yang suci ,iaitu mencintai kamu kerana ALLAH SWT.

    ReplyDelete