Thursday, November 17, 2011

Hebat kah Aku Berbicara ???

Assalamualaikum dan salam persaudaraan daripada saya buat semua sahabat...
yang saya kasihi ..sebagaimana saya berasa sangat teruja untuk menulis di ruang ini maka begitulah juga harapan saya agar dapat kita kongsi dan manfaatkan ...bak kata kekasih hati saya pembelajaran itu tak akan pernah berakhir hingga sampai ke liang lahad..:)


Setiap orang dari kita harus berdakwah dan sebarkan ‘kesucian islam’sekalipun dengan satu ungkapan sahaja .Tidak perlulah menunggu sehingga menjadi ulama besar ,baru berani untuk menyampaikan dakwah.Ini adalah tafsiran salah,kerana setiap orang adalah pendakwah dan lakukan lah setakat yang termampu oleh kita.

Untuk mencari kebahagiaan hidup,kita kita wajar contohi segala sifat yang dimiliki oleh Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan antara kelebihan Baginda ialah bijak berbicara.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasullulah s.a.w itu contoh teladan yang baik bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat..”(surah al-ahzab:21)

Dan ia diperkuatkan lagi dengan sabda Nabi s.a.w : maksudnya “Bahawasanya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik” (Riwayat al-Bukhari,Hakim dan Baihaqi)

Adab Rasullulah dalam berbicara ..apabila Rasullulah s.a.w hendak memperkatakan sesuatu yang penting dan rumit atau pun jika yang hadir itu terlalu ramai hingga suaranya tidak dapat di dengar maka baginda akan megulanginya sebanyak tiga kali.Jika tidak baginda hanya menyebutnya sekali sahaja.

Saidina Hassan r.a meriwayatkan “Daku meminta ibu saudarakuyang sering menggambarkan kepadaku sifat-sifat Rasullulah s.a.w agar dapat menceritakan kepadaku tentang cara dan adab Rasullulah s.a.w berbicara .Lalu beliau memberitahu bahawa Rasullulah s.a.w selalu risau (tentang akhirat),sering bertafakur (tentang Allah dan sifat-sifatNya) atau memikirkan keadaan ummah dan lantaran perkara-perkara beginilah maka baginda tidak pernah berasa bebas daripada kerisauan .Sering sahaja baginda berkeadaan diam dan enggan bercakap melainkan atas perkara –perkara yang perlu sahaja .Apabila baginda bersabda maka sabdanya jelas,padat dan ringkas.Setiap percakapan nya berbeza daripada yang lain jauh sekali daripada ketidakmusabahan dan kekeliruan.Baginda tidak cepat marah malahn tidak juga menghina orang lain.

Amalan fitnah memfitnah,memburukan orang lain,menghina ,mengejek,mengumpat,berbohong dan sebagainya memberi kesan negatif kepada kejiwaan para pelaku dan penerima .Bagi pelaku ,amalan tersebut akan menanamkan sifat yang dicela seperti sombong,riak,dengkidan khianat.Seseorng yang memiliki sifat-sifat seperti ini sudah semestinya tidak akan dapat contoh yang baik kepada orang lain sedangkan ALLAH S.W.T berfirman maksudnya:

“Kamu lah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia ,kamu menyuruh mengerjakan kebajikan dan melarang melakukan kejahatan..” (Surah Ali-Imran :110)

MEMOHON KEBERKATANNYA

Keunggulan islam bukan hanya dari sudut akidah,ibadat,syariat dan muamalat sesama manusia sahaja bahkan menjamin ketenangan dan kedamaian kepada jiwa insan itu sendiri .Ini lah sebenarnya yang di maksudkan dengan perkataan ‘Rahmat’ dalam firman Allah maksudnya: “Tidak Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan menjadi rahmat kepada sekalian alam”. (surah al- Anbiya :107)

Marilah sama-sama kita pastikan diri kita agar tersenarai dalam golongan orang yang bertaqwa kepada Allah S.W.T .Dalam erti kata mematuhi perintah ALLAH dan meninggalkan larangan –Nya.Ini kerana cara yang sedemikian sahajalah untuk kita sebagai hamba ALLAH yang tinggal d muka bumi –Nya dapat hidup dengan penuh kenikmatan dan keberkatan.Carilah kerehdaan Allah dalam hidup ini pasti kita semua akan mendapat limpahan rahmat dari Nya dan kepada-Nya kita akan di kembalikan..fikir-fikirkan laa

No comments:

Post a Comment